Friday, August 16, 2013

Semangat Untuk Hidup

Kesedihan aku pada tahun 2013 sangat-sangat mendalam. Malah makin menjadi-jadi. Sebabnya 4 manusia yang aku kenal sorang-sorang tinggalkan aku.

Mac 2?, 2013.

Amzan bin Isa@Hashim, atau pakcik aku yang aku panggil paman Zan, pergi meninggalkan kami sekeluarga pada pagi subuh. Paman Zan lumpuh sebab accident dengan lori 7 tahun lepas. Even doktor pernah cakap yang Paman Zan cuma dapat hidup sampai umur dia 40 tahun je, aku macam tak percaya sebab pada hari paman Zan meninggal, aku tak ada dekat Rantau Panjang, Klang. Aku tak mampu nak cakap ape2. menangis je yang aku mampu. Aku tahu pasal kematian paman Zan pun dari status FB makcik aku pada pukul 2:30 petang. Aku rasa family aku selfish sangat sebab taknak langsung inform kat aku. Pergilah dia menghadap Illahi...

Julai 12, 2013.



Samson bin Yaacob, atau aku panggil abah@wak samson. Ayah kepada Fazela merangkap ayah angkat aku, pergi pada subuh hari sesudah sahur. Diagnosis oleh doktor adalah buah pinggang rosak, hati tak berfungsi dengan baik. Masa arwah masuk ke hospital, doktor pernah cakap yang abah mesti buat dialisis untuk cuci pinggang. Tapi diorang pilih nak bawak abah buat rawatan Islam. Aku terkilan jugak bila Fazela kata macam tu. Tapi aku ni siapa nak marah diorang. Aku tak ada hak pun. Tapi akhirnya dengan ketentuan Allah, abah pergi jugak menghadap Nya.

Julai 20, 2013.


Nur Syahidah binti Mohamed Zuki, atau panggilan manjenye Cida@Kak Chik. Dia ni adalah kawan baik aku sepanjang aku belajar kat UiTM ni. Kawan susah senang aku. Kawan yang tak pernah lari bila aku ada masalah. Kawan yang paham isi hati aku walaupun kadang2 aku tersentap dengan mimik muka dia. Dia ni lain sangat. Sebelum kematian dia, aku perasan banyak perubahan kat diri dia. Jadi pendiam, menjauh dari orang, banyak bercakap benda pelik macam mimpi mati, cakap pasal nak wakaf Al-Quran, nak minta maaf kat semua orang selagi boleh. Sehari sebelum hari kematian dia, Cida banyak diam dan muram. Aku tanya dia, "Cida, nape ko senyap je ni? Demam ke?" Aku rasa dahi dia, sejuk sangat... Dia senyum kosong. "Takde la kakak. Saye ok je. Esok saye nak pergi buka dengan Ma saye... Kat rumah anak2 yatim." bila bercakap pasal Ma dia, Cida terus senyum lebar. Cida nak tidur rumah Pak Su malam tu sebab esok dia ada MUET kat Temerloh dan Pak Su yang hantar. Aku tanya, "kenapa taknak pergi dengan Zira?" "Taknak la saye. Kan Mak Wani yang hantar, mesti la ade Wani. Saye kan belum berbaik dengan die..." "Cida, naik la dengan Zira, naik la dengan Zira, g la naik dengan die..." aku paksa jugak dia pergi dengan Zira. Tapi dia masih menolak. Dalam perjalanan ke tangga menuju kolej siswi, kebetulan sangat Wani lepak dekat tangga dengan bf dia, Naim. "Ha, Cida, tu Wani. G la mintak maaf dengan dia. Bole la tumpang die esok" "Taknak la saye. Ade Naim. Lainkali je la kakak" Aku tegur Wani. Cida jalan melepasi Wani dan hanya pandang wani dengan pandangan sedih dan kosong je. Lepas tu Cida salam tangan aku dan cakap, "Assalamualaikum, kakak. Saye pergi dulu, bye...." Aku tak sangka yang itu akan jadi Ucapan selamat jalan yang terakhir dari Cida. Esoknya pada pukul1:15 petang, Zira call "Kakak,kakak, kakak...." "Ko dah kenape?Cube cakap elok2!" "Cida da tak ade!" "Cida mane pulak??" "Cida kite kak!!! Kak Cida!! Da meninggal!! Eksiden dekat Jengka 18!!!" "Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!!!!!!!!!!!!" Aku macam orang gila. Berteriak nama Cida. Aku pergi ke rumah Cida, aku tengok abah Cida duduk kat luar rumah dengan tetamu. Abah menangis teruk sangat. Hati aku jadi sakit... Aku ambik masa seminggu baru boleh adapt dengan ketiadaan Cida. Walaupun bukan fully healed, tapi aku redha. Pergilah Cida menghadap Tuhan yang maha Esa pada bulan Ramadhan yang mulia tanpa perlu menanggung lebih banyak dosa kat muka bumi ni....

Julai 25, 2013.

Sabaruddin bin Husin, Pak Su Cida.  Accident sekali dengan Cida, tapi mampu bertahan walau hanya untuk seketika. Kaki beliau hancur, muka koyak, tangan kanan hancur. Koma untuk 5 hari dan pergi menghadap Ilahi pada petang Khamis yang mulia. Aku sempat tengok muka arwah kat rumah arwah di Bandar Pusat, Permatang. Abah cida ambik aku. Aku menangis tengok keadaan PakSu, teringat masa arwah ayah meninggal dulu. Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung 4 bulan iaitu MakCu dan 4 anak dan salah seorang anak dia adalah Mira, sepupu Cida yang aku pernah kenalkan mase kat post aku Adventure Budak Bandar Pusat mase same2 kitorang meredah bandar Kuala Lumpur. Itu semua dah jadi kenangan buat aku.

Selepas tu, bertimpa-timpa masalah yang melanda aku dan family aku... Sampaikan aku dah tak punye siapa2 untuk aku luahkan segala isi hati aku. Sejak pemergian Cida, aku macam dah tak punya semangat nak pergi ke kelas, dan memikirkan masalah yang melanda family aku, aku pernah terfikir nak bunuh diri je, tapi aku tau aku akan jatuh murtad. Aku taknak mati dalam keadaan aib. Taknak. Aku berharap sangat bantuan dari Allah tu akan datang walau sekecil kuman sekalipun. Aku terima dengan syukur... :'(