Wednesday, January 22, 2014

Goodbye 2013, Hey 2014... Things keep going on...

14 Oct 2013,

My last paper for my final exam in my final year... I'm seriously thinking of pursuing my study again.  But I have my family to take care of, so....

20 Oct 2013,

Aku menjadi penganggur terhormat yang berkerjaya sebagai penggoyang kaki dan penghabis beras atok aku (aku duduk rumah atok).  Sedang aku khusyuk melayari FB job vacancies group, aku ternampak satu tawaran hebat dengan gaji yang lumayan serta kemudahan si tempat kerja yang sangat menarik perhatian aku... **KARAOKE ROOM IS PROVIDED**  Kepantangan aku adalah perkataan karaoke, memang tidak la aku nak lepaskan peluang ni.  Jadi aku cepat2 contact Miss C, seriously memang excited... konon laa... Gaji <2k, sapo la yang tak ter ' jolok' mata tengok. aku dipanggil untuk pergi interview

28 Oct 2013,

I've passed my interview session and started my work on 28th.  Tapi aku sebenarnya tak ready langsung untuk handle stress terlampau....
Member2 tempat keje, international ko...
1st Jan 2014,

Atuk saudara aku, Ramlan bin Buang menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku sentap, 2 hari aku tak pergi kerja, ambik MC.  Sampailah aku terfikir yang kerja ni bukan untuk aku.  

6 Jan 2014,

Hari ini menjadi hari terakhir aku sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Syarikat telekomunikasi Singapura.  Aku dah nekad nak berhenti, I cannot take another pressure.  So after I solved all my pending cases, I walked out form the company and decided not to step my foot in this company again.  For 2 months I've worked here with no no attendance error.... **nampak sangat la manjanya aku ni**

7 Jan 2014 till present,

Bermula semula hari aku sebagai penganggur terhormat.  :P  Makcik aku bengang je tengok aku relaks je hari2...huhu.... Don't worry, I have my own plan.... **still being written**

22 Jan 2014,

Still tanam anggur....

Friday, August 16, 2013

Semangat Untuk Hidup

Kesedihan aku pada tahun 2013 sangat-sangat mendalam. Malah makin menjadi-jadi. Sebabnya 4 manusia yang aku kenal sorang-sorang tinggalkan aku.

Mac 2?, 2013.

Amzan bin Isa@Hashim, atau pakcik aku yang aku panggil paman Zan, pergi meninggalkan kami sekeluarga pada pagi subuh. Paman Zan lumpuh sebab accident dengan lori 7 tahun lepas. Even doktor pernah cakap yang Paman Zan cuma dapat hidup sampai umur dia 40 tahun je, aku macam tak percaya sebab pada hari paman Zan meninggal, aku tak ada dekat Rantau Panjang, Klang. Aku tak mampu nak cakap ape2. menangis je yang aku mampu. Aku tahu pasal kematian paman Zan pun dari status FB makcik aku pada pukul 2:30 petang. Aku rasa family aku selfish sangat sebab taknak langsung inform kat aku. Pergilah dia menghadap Illahi...

Julai 12, 2013.



Samson bin Yaacob, atau aku panggil abah@wak samson. Ayah kepada Fazela merangkap ayah angkat aku, pergi pada subuh hari sesudah sahur. Diagnosis oleh doktor adalah buah pinggang rosak, hati tak berfungsi dengan baik. Masa arwah masuk ke hospital, doktor pernah cakap yang abah mesti buat dialisis untuk cuci pinggang. Tapi diorang pilih nak bawak abah buat rawatan Islam. Aku terkilan jugak bila Fazela kata macam tu. Tapi aku ni siapa nak marah diorang. Aku tak ada hak pun. Tapi akhirnya dengan ketentuan Allah, abah pergi jugak menghadap Nya.

Julai 20, 2013.


Nur Syahidah binti Mohamed Zuki, atau panggilan manjenye Cida@Kak Chik. Dia ni adalah kawan baik aku sepanjang aku belajar kat UiTM ni. Kawan susah senang aku. Kawan yang tak pernah lari bila aku ada masalah. Kawan yang paham isi hati aku walaupun kadang2 aku tersentap dengan mimik muka dia. Dia ni lain sangat. Sebelum kematian dia, aku perasan banyak perubahan kat diri dia. Jadi pendiam, menjauh dari orang, banyak bercakap benda pelik macam mimpi mati, cakap pasal nak wakaf Al-Quran, nak minta maaf kat semua orang selagi boleh. Sehari sebelum hari kematian dia, Cida banyak diam dan muram. Aku tanya dia, "Cida, nape ko senyap je ni? Demam ke?" Aku rasa dahi dia, sejuk sangat... Dia senyum kosong. "Takde la kakak. Saye ok je. Esok saye nak pergi buka dengan Ma saye... Kat rumah anak2 yatim." bila bercakap pasal Ma dia, Cida terus senyum lebar. Cida nak tidur rumah Pak Su malam tu sebab esok dia ada MUET kat Temerloh dan Pak Su yang hantar. Aku tanya, "kenapa taknak pergi dengan Zira?" "Taknak la saye. Kan Mak Wani yang hantar, mesti la ade Wani. Saye kan belum berbaik dengan die..." "Cida, naik la dengan Zira, naik la dengan Zira, g la naik dengan die..." aku paksa jugak dia pergi dengan Zira. Tapi dia masih menolak. Dalam perjalanan ke tangga menuju kolej siswi, kebetulan sangat Wani lepak dekat tangga dengan bf dia, Naim. "Ha, Cida, tu Wani. G la mintak maaf dengan dia. Bole la tumpang die esok" "Taknak la saye. Ade Naim. Lainkali je la kakak" Aku tegur Wani. Cida jalan melepasi Wani dan hanya pandang wani dengan pandangan sedih dan kosong je. Lepas tu Cida salam tangan aku dan cakap, "Assalamualaikum, kakak. Saye pergi dulu, bye...." Aku tak sangka yang itu akan jadi Ucapan selamat jalan yang terakhir dari Cida. Esoknya pada pukul1:15 petang, Zira call "Kakak,kakak, kakak...." "Ko dah kenape?Cube cakap elok2!" "Cida da tak ade!" "Cida mane pulak??" "Cida kite kak!!! Kak Cida!! Da meninggal!! Eksiden dekat Jengka 18!!!" "Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!Cida!!!!!!!!!!!!" Aku macam orang gila. Berteriak nama Cida. Aku pergi ke rumah Cida, aku tengok abah Cida duduk kat luar rumah dengan tetamu. Abah menangis teruk sangat. Hati aku jadi sakit... Aku ambik masa seminggu baru boleh adapt dengan ketiadaan Cida. Walaupun bukan fully healed, tapi aku redha. Pergilah Cida menghadap Tuhan yang maha Esa pada bulan Ramadhan yang mulia tanpa perlu menanggung lebih banyak dosa kat muka bumi ni....

Julai 25, 2013.

Sabaruddin bin Husin, Pak Su Cida.  Accident sekali dengan Cida, tapi mampu bertahan walau hanya untuk seketika. Kaki beliau hancur, muka koyak, tangan kanan hancur. Koma untuk 5 hari dan pergi menghadap Ilahi pada petang Khamis yang mulia. Aku sempat tengok muka arwah kat rumah arwah di Bandar Pusat, Permatang. Abah cida ambik aku. Aku menangis tengok keadaan PakSu, teringat masa arwah ayah meninggal dulu. Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung 4 bulan iaitu MakCu dan 4 anak dan salah seorang anak dia adalah Mira, sepupu Cida yang aku pernah kenalkan mase kat post aku Adventure Budak Bandar Pusat mase same2 kitorang meredah bandar Kuala Lumpur. Itu semua dah jadi kenangan buat aku.

Selepas tu, bertimpa-timpa masalah yang melanda aku dan family aku... Sampaikan aku dah tak punye siapa2 untuk aku luahkan segala isi hati aku. Sejak pemergian Cida, aku macam dah tak punya semangat nak pergi ke kelas, dan memikirkan masalah yang melanda family aku, aku pernah terfikir nak bunuh diri je, tapi aku tau aku akan jatuh murtad. Aku taknak mati dalam keadaan aib. Taknak. Aku berharap sangat bantuan dari Allah tu akan datang walau sekecil kuman sekalipun. Aku terima dengan syukur... :'(

Sunday, September 23, 2012

Kawan susah VS Kawan Senang

Ape-ape pon bole...

Kat dunia ni ada banyak kategori dalam erti persahabatan...

MEMBER:  Yang tak berape nak rapat, tapi hangat2 taik ayam bole laa...

KAWAN:  Yang konon rapat, tapi cuma ade time senang je...

SAHABAT:  Yang ade dengan kite time susah n senang...

Tapi kali ni aku taknak cite pasal erti tu semua... aku cume nak story pasal kawan susah n senang...
Kawan yang aku miliki ni akan hanya wujud time die susah je... dan akan automatiknye ghaib bile die senang.  Dan time aku pulak yang senang die sentiase saje ade, tapi bile time aku susah...nak bercakap 3 patah ayat dengan die pon susah... senang cakap running away whenever I have something that I need to luahkan laa... WTF... Mak aku cakap kalo kawan macam ni jangan la rapat sangat coz dia akan gunakan kita setiap masa untuk kepentingan diri dia sendiri. Aku sedar gak yang aku ni jenis lurus...senang sangat untuk dipergunakan orang lain...  tapi baik aku  ade batasnya gak... hilang sabar sume aku akan ungkit sampai nanges budak tu...takpe Keina... tinggal lagi dua sem je nak blah dari tempat ni...pastu memang tak a aku nak kontek dengan so-called "kawan" tuh....lebey baik aku duk kampung dengan sahabat aku...kitorang nak buat giler pon same2... hahahaa.... blah...



Monday, September 10, 2012

Adventure budak Bandar Pusat (ep2)

Ape-ape pon bole...

Kok chik sebagai tour guide kitorang pun jadi navigator yang sesat jugak... setelah menebalkan muka bertanya kepada orang sekeliling, akhirnya kami menuju ke Pasar Seni.  Dan disitulah kami bertemu dengan Bus Stop yang sangat2 kami cari... TxT thank god...  Orang pandang kami macam kami makcik Endon yang baru tiba di KL... malu pun ada jugak... Tapi nak balik punye pasal, ape pon bole... Sejam jugak kami tunggu, barula ada bas ke Putra Perdana.  Peristiwa havoc kedua pulak yang terukir dalam sejarah...  Kok chik lupa mane umah die daa.... LOL...  Sha Ahyaya dengan Eyra telah memancarkan muka kepenatan dan kelaparan... Aku nak join gak a camtu... Kesian jugak tengok adik2 aku ni... merantau kat tempat orang malam2 buta...Myra pulak sampai melecet kaki sebab dia pakai kasut wedges... memang cukup2 le tak sesuai untuk traveler second hand cam kitorang... Tiba2 bas berhenti. Dah sampai last destination rupenye... jadi kami berjalan menuju kekedai runcit India sambil Kok chik menelefon Atta iaitu bapa tirinya untuk menjemput mereka, I mean kami pulang kerumah.  Masa nampak je kereta Atta, Allah je la yang tau betapa bersyukurnya la kami masa tu... nak nangis pun ada... sampai kat rumah Ma, Ma sambut kami dengan muka yang manis dan penuh senyuman... hilang jugakla penat kami masa tu...




#pengajarannya... janganlah kita sombong atau malu untuk bertanya, kerana kita akan sesat jalan dikemudiannya... begitu juga susur hidup didunia... kalau tidak bertanya sekarang, kita akan sesat diakhirat kelak...

Sunday, March 18, 2012

Adventure budak bandar pusat (ep 1)

Kok chik dan myra....sedih je muke...
Episod ini bermula dengan jemputan kok chik untuk menghadiri kenduri menyambut menantu di rumah ibunya yang kebetulan berhampiran dengan rumahky....haiiissshhh!!!!formal sangat laaa.... Camni, kitowang pergi ke kuala lumpur lepas jawab paper CTU151 yang susahnye memang tahap gaban... sesampai di kl, pada pukul 8:58 malam, kami terus pergi ke LRT stesen untuk pergi ke MASJID JAMEK, dan disitu bermulanya kisah havoc kami berlima, kok chik, sha ahyaya, eyra, myra and aku sendiri, keina. Time nak beli tiket pon kitowg kecoh macam ayam bertelurkan bom...mane tak havocnye... pastu dengan konon hebatnye aku naik ke platform menghale ke pertukaran ampang line dan mule2 kami fikir kami tersilap platform,aku pon ape lagi dengan yakinnya mengatakan yang kite ni dah tersilap platform nih, yok tukar ke sebelah sane pulak... kok chik risau.... die segera menelefon adiknye teh, masuk je dlm tren, baru a tersedar yang tren ni menghale ke arah bertentangan la pulak, ah sudoh.... TETAPI! nasib baik sangat la ade sowang mamat yang bermuke mat saleh ni bagi hint kat kitowg... sudahnye lepas la kitowg ke destinasi yang dituju... sesampai disitu, kami masih blank mane sepatutnye tempat yang kami patut pergi untuk amek bas ke puchong...

Friday, June 3, 2011

paint stuff inside my old laptop..

aku lebih pandai guna paint dalamaccessories better than adobe illustrator....susah giler...memang ade orang gelak bila aku cakap aku guna paint apps dalam laptop yang budak kecik pun boleh buat....but see  the result from what i've done with paint....cantik x? just practising what we already know, but dont you give up with new things eventhough its hard to do so....ada aku punya signature....sorry la kalau korang nak photocopy and make it urs, think lot lot ok?hohohooo....

Wednesday, February 23, 2011

First day wearing tudung....

It's a first day i'm wearing tudung.....I feel a little bit awkward because I feel like everybody keep looking at me....Am I wear the tudung in the wrong way? But Alhamdulillah they all accepted me as well as when I'm not wear tudung....It was even more better the way they treated me...I feel much safer with a cover on my head....I wish I will wear it forever and not try to take it off.....Insyaallah.....